Rabu, 22 Mei 2013

Mana Yang Penting?


            

             Setiap insan mengimpikan sebuah kejayaan. Bagi seorang pelajar sudah tentu mereka mengimpikan kejayaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ataupun CGPA yang agak tinggi. Bagi seorang ketua keluarga pula, mereka mahupun keluarga yang dibina bahagia,tiada masalah dan jauh daripada masalah kewangan atau sebagainya. Namun adakah kita terfikir apakah permulaan untuk kesemua kejayaan itu?Apakah perlu kita dahulukan?Apa yang penting sebenarnya? Persoalan-persoalan ini selalu bermain difikiran saya. Apabila saya bermuhasabah diri barulah saya sedar, apa-apa yang kita lakukan mestilah berbalik kepada Pencipta kita iaitu ALLAH Yang Maha Esa, yang layak disembah, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Dia,hanya ALLAH yang sepatutnya dihati kita. USAHA+DOA+TAWAKAL itulah sebenarnya jalan untuk berjaya. Kejayaan yang diberi ALLAH kepada hamba pilihanNya adalah satu nikmat yang tidak terhingga dan bersyukurlah atas nikmat itu. Kegagalan juga adalah pemberian ALLAH ke atas hambaNya. Janganlah kita bersangka buruk terhadap ALLAH, anggaplah ianya adalah satu ujian iaitu tanda ALLAH sayangkan kita. Sabarlah menghadapi ujian, tidak rugi sahabat-sahabatku,kerana sabar itu indah, ALLAH akan membalas dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Pasti ada hikmah yang tersembunyi,ketahuilah ALLAH Maha Mengetahui sedangkan manusia tidak mengetahui apa-apa. Setiap perkara yang kita lakukan mestilah dimulakan dengan niat kerana ALLAH SWT. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan diatas perkara yang kita lakukan,IN SHAA ALLAH :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan