Isnin, 29 Julai 2013

DAH BESAR LU FIKIRLAH SENDIRI!

SEMEMANGNYA BULAN RAMADHAN MENYIMPAN 1001 KEISTIMEWAANNYA YANG TERSENDIRI. KITA SEPATUTNYA BERLUMBA-LUMBA MELIPAT GANDAKAN AMAL IBADAT DI BULAN YANG MULIA INI SELAGI DIBERI KESIHATAN OLEH ALLAH S.W.T. SELAIN DARIPADA ITU, KITA JUGA DAPAT MENDISIPLIN DIRI DI BULAN RAMADHAN INI DENGAN MEMPERBANYAK AMAL IBADAT SEPERTI SEDEKAH,SOLAT TARAWIH,TADARUS AL-QURAN DAN BANGUN SOLAT DI WAKTU MALAM. DALAM MASA YANG SAMA DIDIK DIRI AGAR MENJAUHI PERBUATAN-PERBUATAN YANG AKAN MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH S.W.T.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." (1)
(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)

           Hurm nak dipendekkan cerita adalah beberapa budak kt tmpt keje aq ni ponteng puasa. Bukannya sakit ke ape, keje pon xdela berat mane pon. Korang dh besa la,dh lama dh baligh, tak boleh fikir ke puasa tu wajib sebagaimana Firman Allah :-
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (QS. Al-Baqarah 183-184) 


           Tak rasa berdosa ke xpuasa, korang ingat perkara ni main-main?Bro,jgn sekali-kali persendakan perintah Allah. Jgn jdkn alasan xsahur, hari ni panas sgtlah,kerja beratlah untuk korg xpuasa. Jgnlah cm tu, malu lah dgn Allah, ingat azab seksa yg dijanjikan dlm Al-Quran. Nahuzubillah Min Zalik

Rabu, 26 Jun 2013

UJIAN ADALAH TANDA KASIH SAYANG-NYA

               Betulkah kita sudah beriman kepada-Nya?Apakah tanda-tandanya yang menunjukkan kita sudah dikatakan beriman?Untuk itu Allah akan meng”hadiahkan” setiap hamba-hambanya yang berisi UJIAN. Jika kita “pass” ujian tersebut maka terbukti kita sudah beriman,sebaliknya jika tidak kita belum cukup beriman lagi. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Ankabut, Ayat 2 & 3 yang bermaksud

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

             Selain daripada itu,ujian juga adalah tanda kasih sayang terhadap hamba-Nya. Ini amatlah bersesuaian dengan sifat Allah iaitu Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Turut dirakamkan dalam sebuah hadis yang shahih (HR Thabranidari Abu Umamah) disebutkan,

“ Jika Allah rindu kepada hamba yang dicintai-Nya, maka Dia akan memerintahkan kepada malaikat untuk mengirimkan sebuah hadiah berupa ujian. Dalam sebuah hadits Qudsi, Allah SWT berfirman :“Pergilah kepada hamba-Ku, lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya, kerana Aku ingin mendengarkan rintihannya.”

             Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Tetapi Allah itu Maha Penyayang, Dia tidak akan menurunkan ujian tersebut melainkan hamba-Nya itu mampu menhadapinya. Firman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 286

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…”

             Ada manusia yang diuji dengan kemiskinan,harta benda,anak-anak,kelaparan dan banyak lagi sesuai dengan yang dikehendaki-Nya.Di sini kesabaran amatlah memainkan peranan yang penting, kerana Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. Dengan bersabar akan dapatkan memupuk sifat rasa lebih bersyukur di dalam diri individu itu sendiri. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

         Akhir kata, sentiasalah bersangka baik terhadap Allah kerana apa yang direncana oleh Allah adalah yang terbaik untuk kita.

Ahad, 26 Mei 2013

Beristiqamahlah walaupun sedikit!



“Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)

           Memang susah untuk berubah ke arah kebaikan dalam sekelip mata. Oleh itu, kita hendaklah istiqamah atau dalam erti kata lain terus-menerus dalam melakukan amalan-amalan kebaikan yang akan mencetuskan keredhaan Allah SWT. Redha Allah SWT amatlah penting agar hidup ini sentiasa aman dari segala kejahatan dan keburukan. Untuk permulaan ringan-ringankanlah menjejakkan kaki ke surau atau atau surau. Dapat bersembahyang jemaah satu waktu disurau pun sudah memadai dan cuba beristiqamah selepas itu. Dan cuba “upgrade” kepada dua waktu dan seterusnya. In shaa allah satu hari nanti kelima-lima waktu kita mampu bersolat jemaah di surau/masjid. Setelah itu,carilah waktu terluang dan cuba search di internet maksud-maksud bacaan dalam solat. Apabila kita memahami maksud bacaannya,mudah bagi kita untuk focus/khusyuk dalam solat. Berapa ramai orang yang solat 5 waktu sehari tetapi masih melakukan perbuatan mungkar kerana mereka tidak menghayati apa yang mereka baca semasa solat. Khusyuk dalam solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah SWT yang bermaksud

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”
[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]


         Jangan lupa juga untuk membaca Al-Quran pada setiap hari. Sehari satu ayat sudah memadai asalkan kita membaca bersama-sama dengan maksudnya sekali. Apabila kita memahami apa yang kita baca, ia akan meresap ke dalam hati dan ia juga akan memberi kesan terhadap rohani dan jasmani kita. Dan sekali lagi, asalkan kita beristiqamah sesuatu perkara itu akan menjadi sebati dengan jasad kita. Resah gelisa jika tidak laksanakan benda yang selalu kita buat. Jadi ayuh sahabat-sahabatku kita beristiqamah! :)

Sabtu, 25 Mei 2013

Jangan Pentingkan Diri Sendiri


Apabila kita merantau ke tempat orang ataupun belajar di institusi-institusi pendidikan seperti universiti, kolej, dan politeknik, rakan-rakan akan semakin bertambah. Di sini kita akan saling kenal mengenali antara satu sama lain, jika kita tarsalah pilih kawan jawabnya diri kita yang akan binasa. Jadi, kawan amat memainkan peranan dalam menentukan hala tuju hidup seseorang. Di sini saya hendak menekankan bahawa, kawan yang mementingkan diri mereka sendiri amatlah berbahaya. Ini kerana mereka hanya mementingkan keuntungan diri masing-masing. Masa kita senang sahaja mereka ada,tetapi masa susah batang hidung pun tak nampak. Carilah rakan yang boleh membawa kita ke syurga, maknanya disini rakan yang sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan. Memang senang hendak berkawan tetapi kawan yang bagaimana?yang membuka aib dibelakang kita?yang sentiasa tak berhenti mengumpat dibelakang kita? Carilah rakan yang mampu membuatkan kita tersenyum setiap tika, mampu melenyapkan kegelisahan dikala kita dalam kesusahan, dan yang mampu menasihatkan ketika kita melakukan kesilapan. Begitu juga dengan diri kita ini, buanglah sifat “selfish
” jauh-jauh dari kamus hidup kita. Kita tidak merasa akibatnya sehinggalah ia terkena pada batang hidung kita sendiri :)

Rabu, 22 Mei 2013

Mana Yang Penting?


            

             Setiap insan mengimpikan sebuah kejayaan. Bagi seorang pelajar sudah tentu mereka mengimpikan kejayaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ataupun CGPA yang agak tinggi. Bagi seorang ketua keluarga pula, mereka mahupun keluarga yang dibina bahagia,tiada masalah dan jauh daripada masalah kewangan atau sebagainya. Namun adakah kita terfikir apakah permulaan untuk kesemua kejayaan itu?Apakah perlu kita dahulukan?Apa yang penting sebenarnya? Persoalan-persoalan ini selalu bermain difikiran saya. Apabila saya bermuhasabah diri barulah saya sedar, apa-apa yang kita lakukan mestilah berbalik kepada Pencipta kita iaitu ALLAH Yang Maha Esa, yang layak disembah, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Dia,hanya ALLAH yang sepatutnya dihati kita. USAHA+DOA+TAWAKAL itulah sebenarnya jalan untuk berjaya. Kejayaan yang diberi ALLAH kepada hamba pilihanNya adalah satu nikmat yang tidak terhingga dan bersyukurlah atas nikmat itu. Kegagalan juga adalah pemberian ALLAH ke atas hambaNya. Janganlah kita bersangka buruk terhadap ALLAH, anggaplah ianya adalah satu ujian iaitu tanda ALLAH sayangkan kita. Sabarlah menghadapi ujian, tidak rugi sahabat-sahabatku,kerana sabar itu indah, ALLAH akan membalas dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Pasti ada hikmah yang tersembunyi,ketahuilah ALLAH Maha Mengetahui sedangkan manusia tidak mengetahui apa-apa. Setiap perkara yang kita lakukan mestilah dimulakan dengan niat kerana ALLAH SWT. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan diatas perkara yang kita lakukan,IN SHAA ALLAH :)

Isnin, 20 Mei 2013

CINTA YANG HAKIKI



               Cinta kepada Allah,cinta kepada Rasullulah,cinta kepada Ibu Bapa dan cinta sesama manusia. Cinta diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Apabila umur semakin meningkat, ramai anak-anak muda berlumba-lumba mencari pasangan hidup untuk dijadikan permaisuri hati. Tidak salah untuk bercinta,tetapi cara cinta itu diuruskan hendaklah sesuai dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Cinta kepada pasangan hidup kita hanyalah untuk pasangan yang sudah sah kita nikahi. Tetapi ramai orang terlepas pandang tentang persediaan sebelum kita melangkah ke alam rumah tangga. Tanpa pegangan agama yang kuat, institusi rumah tangga itu mudah mengalami pelbagai krisis yang atau masalah. Maka dengan itu, persediaan yang rapi haruslah dilakukan demi kebahagian rumah tangga dikemudian hari nanti. Contohnya mengerjakan solat fardhu secara berjemaah di surau atau masjid,menghadiri ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh qariah setempat, memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti puasa sunat, soalt sunat di 1/3 malam dan sedekah. Semua ini akan mendekatkan lagi diri kita dengan Pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Apabila diri kita semakin dekat kepada Allah,maka Allah akan semakin sayangkan kita. Kerana Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik..". Jadi jika kita mahukan jodoh yang baik,kita haruslah perbaiki diri dengan mencintai Allah dan Rasullulah terlebih dahulu.

Sabtu, 13 April 2013

Kesedihan menyelubungi diri..Keinsafan mula menyelinap masuk di hati ini..Ya mati boleh berlaku bila-bila mase,dimana jua,biarpun ia tidak masuk akal kerana tidak ada yang mustahil jika itu kehendaki Allah S.W.T..Baru td(8 P.M.) sahabat aku pergi menemui Penciptanya..Dia ditahan wad ICU lebih kurang 2minggu akibat kemalangan semasa bermain bola..Rasa cm tak percaya,sbb hari-hari aq terserempak dia..Maha Suci Engkau Ya Allah..Dan aku tersentak bagaimanakah keadaan aku nanti apabila nyawaku diambil..mati ketika solatkah,sedang buat perkara lagha kah?Ya Allah Ya Tuhanku,matikanlah daku dalam keadaan yg aman,dalam keadaan yg khusyuk mengingati-Mu..

Khamis, 11 April 2013

Hampir dua tahun xlepak dgn korg,,alhamdulilah semalam Allah mempertemukan kte semula,,lepak2,gelak2, & gler2,,hahaha,,aktivit smlm cm geng2 yg laen jugak tgk wayang(IP MAN THE LAST FIGHT),makan2(Mee Racun) & borak2 kt bilik nuor,,Thanz korg event sekejap je,tetapi amat bermakna,,tak tau la ble dpt lepak lg dgn korg,,Bersyukur kpd mu Ya Allah kerana mengeratkan lagi ukhuwah antara kami,,

::ANUAR YAHYA::SHAFIK ROSMAN::BATU PAHAT::SQUARE ONE::TAMAN SRI JAYA::

Ahad, 7 April 2013

1 Baldi air tanah,6 baldi air bersih!

bahaya r zaman skunk ni,sila berhati-hati ketika membeli barangan kulit,,siang td,sedang membelek2 wallet di bundle, kulit sebeleh dalam wallet tu adalah kulit babi!!!!,,Ya Allah,semakin kuat dugaan umat islam zaman kini,,Ya Allah berikanlah kami petunjuk agar jauh dari perkara2 yg haram,sesungguhnya Engkau Maha mengetahui sedangkan kami tidak mengetahui,,

Sabtu, 6 April 2013

JDT vs Selangor 1-2 (Piala FA)

perh tension gler aq dgn defensive jdt, xserasi lansung,senang sgt nk membolosi pertahanan jdt,,nak2 si T tu,aq xaw la ape yg bagus sgt dye tu,pelek2 je ble dpt bola,,ape2 pon tahniah jdt,anda dh wat yg terbaek,LUASKN KUASAMU JOHOR!!!!!!!!!!!