Ahad, 26 Mei 2013

Beristiqamahlah walaupun sedikit!



“Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)

           Memang susah untuk berubah ke arah kebaikan dalam sekelip mata. Oleh itu, kita hendaklah istiqamah atau dalam erti kata lain terus-menerus dalam melakukan amalan-amalan kebaikan yang akan mencetuskan keredhaan Allah SWT. Redha Allah SWT amatlah penting agar hidup ini sentiasa aman dari segala kejahatan dan keburukan. Untuk permulaan ringan-ringankanlah menjejakkan kaki ke surau atau atau surau. Dapat bersembahyang jemaah satu waktu disurau pun sudah memadai dan cuba beristiqamah selepas itu. Dan cuba “upgrade” kepada dua waktu dan seterusnya. In shaa allah satu hari nanti kelima-lima waktu kita mampu bersolat jemaah di surau/masjid. Setelah itu,carilah waktu terluang dan cuba search di internet maksud-maksud bacaan dalam solat. Apabila kita memahami maksud bacaannya,mudah bagi kita untuk focus/khusyuk dalam solat. Berapa ramai orang yang solat 5 waktu sehari tetapi masih melakukan perbuatan mungkar kerana mereka tidak menghayati apa yang mereka baca semasa solat. Khusyuk dalam solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah SWT yang bermaksud

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”
[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]


         Jangan lupa juga untuk membaca Al-Quran pada setiap hari. Sehari satu ayat sudah memadai asalkan kita membaca bersama-sama dengan maksudnya sekali. Apabila kita memahami apa yang kita baca, ia akan meresap ke dalam hati dan ia juga akan memberi kesan terhadap rohani dan jasmani kita. Dan sekali lagi, asalkan kita beristiqamah sesuatu perkara itu akan menjadi sebati dengan jasad kita. Resah gelisa jika tidak laksanakan benda yang selalu kita buat. Jadi ayuh sahabat-sahabatku kita beristiqamah! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan