Isnin, 20 Mei 2013

CINTA YANG HAKIKI



               Cinta kepada Allah,cinta kepada Rasullulah,cinta kepada Ibu Bapa dan cinta sesama manusia. Cinta diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Apabila umur semakin meningkat, ramai anak-anak muda berlumba-lumba mencari pasangan hidup untuk dijadikan permaisuri hati. Tidak salah untuk bercinta,tetapi cara cinta itu diuruskan hendaklah sesuai dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Cinta kepada pasangan hidup kita hanyalah untuk pasangan yang sudah sah kita nikahi. Tetapi ramai orang terlepas pandang tentang persediaan sebelum kita melangkah ke alam rumah tangga. Tanpa pegangan agama yang kuat, institusi rumah tangga itu mudah mengalami pelbagai krisis yang atau masalah. Maka dengan itu, persediaan yang rapi haruslah dilakukan demi kebahagian rumah tangga dikemudian hari nanti. Contohnya mengerjakan solat fardhu secara berjemaah di surau atau masjid,menghadiri ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh qariah setempat, memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti puasa sunat, soalt sunat di 1/3 malam dan sedekah. Semua ini akan mendekatkan lagi diri kita dengan Pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Apabila diri kita semakin dekat kepada Allah,maka Allah akan semakin sayangkan kita. Kerana Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik..". Jadi jika kita mahukan jodoh yang baik,kita haruslah perbaiki diri dengan mencintai Allah dan Rasullulah terlebih dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan