Ahad, 26 Mei 2013

Beristiqamahlah walaupun sedikit!



“Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)

           Memang susah untuk berubah ke arah kebaikan dalam sekelip mata. Oleh itu, kita hendaklah istiqamah atau dalam erti kata lain terus-menerus dalam melakukan amalan-amalan kebaikan yang akan mencetuskan keredhaan Allah SWT. Redha Allah SWT amatlah penting agar hidup ini sentiasa aman dari segala kejahatan dan keburukan. Untuk permulaan ringan-ringankanlah menjejakkan kaki ke surau atau atau surau. Dapat bersembahyang jemaah satu waktu disurau pun sudah memadai dan cuba beristiqamah selepas itu. Dan cuba “upgrade” kepada dua waktu dan seterusnya. In shaa allah satu hari nanti kelima-lima waktu kita mampu bersolat jemaah di surau/masjid. Setelah itu,carilah waktu terluang dan cuba search di internet maksud-maksud bacaan dalam solat. Apabila kita memahami maksud bacaannya,mudah bagi kita untuk focus/khusyuk dalam solat. Berapa ramai orang yang solat 5 waktu sehari tetapi masih melakukan perbuatan mungkar kerana mereka tidak menghayati apa yang mereka baca semasa solat. Khusyuk dalam solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah SWT yang bermaksud

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”
[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]


         Jangan lupa juga untuk membaca Al-Quran pada setiap hari. Sehari satu ayat sudah memadai asalkan kita membaca bersama-sama dengan maksudnya sekali. Apabila kita memahami apa yang kita baca, ia akan meresap ke dalam hati dan ia juga akan memberi kesan terhadap rohani dan jasmani kita. Dan sekali lagi, asalkan kita beristiqamah sesuatu perkara itu akan menjadi sebati dengan jasad kita. Resah gelisa jika tidak laksanakan benda yang selalu kita buat. Jadi ayuh sahabat-sahabatku kita beristiqamah! :)

Sabtu, 25 Mei 2013

Jangan Pentingkan Diri Sendiri


Apabila kita merantau ke tempat orang ataupun belajar di institusi-institusi pendidikan seperti universiti, kolej, dan politeknik, rakan-rakan akan semakin bertambah. Di sini kita akan saling kenal mengenali antara satu sama lain, jika kita tarsalah pilih kawan jawabnya diri kita yang akan binasa. Jadi, kawan amat memainkan peranan dalam menentukan hala tuju hidup seseorang. Di sini saya hendak menekankan bahawa, kawan yang mementingkan diri mereka sendiri amatlah berbahaya. Ini kerana mereka hanya mementingkan keuntungan diri masing-masing. Masa kita senang sahaja mereka ada,tetapi masa susah batang hidung pun tak nampak. Carilah rakan yang boleh membawa kita ke syurga, maknanya disini rakan yang sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan. Memang senang hendak berkawan tetapi kawan yang bagaimana?yang membuka aib dibelakang kita?yang sentiasa tak berhenti mengumpat dibelakang kita? Carilah rakan yang mampu membuatkan kita tersenyum setiap tika, mampu melenyapkan kegelisahan dikala kita dalam kesusahan, dan yang mampu menasihatkan ketika kita melakukan kesilapan. Begitu juga dengan diri kita ini, buanglah sifat “selfish
” jauh-jauh dari kamus hidup kita. Kita tidak merasa akibatnya sehinggalah ia terkena pada batang hidung kita sendiri :)

Rabu, 22 Mei 2013

Mana Yang Penting?


            

             Setiap insan mengimpikan sebuah kejayaan. Bagi seorang pelajar sudah tentu mereka mengimpikan kejayaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ataupun CGPA yang agak tinggi. Bagi seorang ketua keluarga pula, mereka mahupun keluarga yang dibina bahagia,tiada masalah dan jauh daripada masalah kewangan atau sebagainya. Namun adakah kita terfikir apakah permulaan untuk kesemua kejayaan itu?Apakah perlu kita dahulukan?Apa yang penting sebenarnya? Persoalan-persoalan ini selalu bermain difikiran saya. Apabila saya bermuhasabah diri barulah saya sedar, apa-apa yang kita lakukan mestilah berbalik kepada Pencipta kita iaitu ALLAH Yang Maha Esa, yang layak disembah, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Dia,hanya ALLAH yang sepatutnya dihati kita. USAHA+DOA+TAWAKAL itulah sebenarnya jalan untuk berjaya. Kejayaan yang diberi ALLAH kepada hamba pilihanNya adalah satu nikmat yang tidak terhingga dan bersyukurlah atas nikmat itu. Kegagalan juga adalah pemberian ALLAH ke atas hambaNya. Janganlah kita bersangka buruk terhadap ALLAH, anggaplah ianya adalah satu ujian iaitu tanda ALLAH sayangkan kita. Sabarlah menghadapi ujian, tidak rugi sahabat-sahabatku,kerana sabar itu indah, ALLAH akan membalas dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Pasti ada hikmah yang tersembunyi,ketahuilah ALLAH Maha Mengetahui sedangkan manusia tidak mengetahui apa-apa. Setiap perkara yang kita lakukan mestilah dimulakan dengan niat kerana ALLAH SWT. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan diatas perkara yang kita lakukan,IN SHAA ALLAH :)

Isnin, 20 Mei 2013

CINTA YANG HAKIKI



               Cinta kepada Allah,cinta kepada Rasullulah,cinta kepada Ibu Bapa dan cinta sesama manusia. Cinta diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Apabila umur semakin meningkat, ramai anak-anak muda berlumba-lumba mencari pasangan hidup untuk dijadikan permaisuri hati. Tidak salah untuk bercinta,tetapi cara cinta itu diuruskan hendaklah sesuai dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Cinta kepada pasangan hidup kita hanyalah untuk pasangan yang sudah sah kita nikahi. Tetapi ramai orang terlepas pandang tentang persediaan sebelum kita melangkah ke alam rumah tangga. Tanpa pegangan agama yang kuat, institusi rumah tangga itu mudah mengalami pelbagai krisis yang atau masalah. Maka dengan itu, persediaan yang rapi haruslah dilakukan demi kebahagian rumah tangga dikemudian hari nanti. Contohnya mengerjakan solat fardhu secara berjemaah di surau atau masjid,menghadiri ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh qariah setempat, memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti puasa sunat, soalt sunat di 1/3 malam dan sedekah. Semua ini akan mendekatkan lagi diri kita dengan Pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Apabila diri kita semakin dekat kepada Allah,maka Allah akan semakin sayangkan kita. Kerana Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik..". Jadi jika kita mahukan jodoh yang baik,kita haruslah perbaiki diri dengan mencintai Allah dan Rasullulah terlebih dahulu.